Monday, August 24, 2009

kayak capsize la pulak

So kali ni kiteorang buat aktiviti untuk naik daripada kayak apabila terbalik atau capsize. aktiviti ni kite di buat di Tasik Shah Alam sebelah Wet World. Sepatotnya mula dari pukul 8.30 pagi tapi lambat juga mula dan ahli yang datang pon dalam 10 orang je. So dgn ahli yang tak berapa ramai kami pelajar ko rekreasi tahap dua pun memulakan klas kami di bawah kendalian En Muiz.

Sebelum kami melakukan aktiviti regangan badan dan kami refresh semula anatomi kayak yang telah dipelajari dan cara mengayuh kayak sebelum menaiki kayak. Selepas itu En Muiz melakukan demo di atas tanah dan juga demo yang sebenar di atas air. Syok la juga tengok EN Muiz buat. Haha...

Langkah-langkah yang perlu di buat semasa kayak terbalik adalah tenangkan diri, tundukkan kepala serendah yang mungkin pada kokpit, pegang bahagian kokpit dan tepuk bahagian sisi kokpit sebanyak tiga kali. Ini bagi membolehkan orang lain tahu akan ada kayak yang terbalik. Keluar dari kayak dan terbalikkan kayak yang terbalik itu. Jadi saya sudah berada di luar kayak dengan keadaan yang basah.. Kemudian pergi ke bahagian belakang kayak dan tekan kayak untuk merendahkannya bagi memudahkan untuk naik. Kayak lebih mudah untuk dinaiki dari bahagian belakang daripada bahagian tepi. Apabila badan sudah berada di atas kayak, pegang kokpit dan tarik badan mendekatinya. Kemudian saya berada di tepi kokpit dan pegang bahagian sisi belakang kayak serta masukkan kaki satu demi datu dengan tenang. Kini saya sudah berada di dalam kokpit semula.

Apabila kayak terbalik di atas air, air akan memasuki bahagian kayak. kami diajar dua cara untuk membuang air tersebut iaitu dengan membuat posisi X dan Posisi H menggunakan kayak.
untuk posisi X, satu lagi kayak diperlukan. kayak yang terbalik akan diletakkan di atas kayak yang lain dan apabila kayak terbalik itu sudah beraa di atas kayak yang lain, air dapat dikeluarkan dengan mudah. Untuk posisi H, dua kayak yang lain diperlukan, kayak yang terbalik juga akan diletakkan di atas kayak yang lain untuk mengeluarkan air. Disini kerjasa amat penting bagi memudahkan air dikeluarkan.

Aktiviti tersebut memang seronok untuk dilakukan dan yang paling penting kami telah mengetahui cara untuk naik semula ke atas kayak jika terbalik dan semoga kami boleh mempraktikkan di masa akan datang. Sebelum kelas berakhir, kami berkayak mengelilingi Tasik Shah Alam dan pada kelas akan datang kami akan melakukan first aid sahaja kerana dah masuk bulan puasa pun dan aktiviti luar tak dapat dibuat. Sekian

1 comment:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ferrari Cars. Powered by Blogger