Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum menerima rawatan yang sepenuhnya ddari hospital atau orang yang berkelayakan. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk mengelakkan kecederaan dan mangsa menjadi bertambah teruk dan membantu pemulihan.
Apabila berlaku kecemasan, orang yang pertama ang memberi bantuan perlu tahu akan punca kemalangan dan tahap kecederaan yang dialami. Cuba tenang danberi pertolongan dengan cepat dan tertib. Jika pernafasan mangsa terhenti, cuba lakkan CPR untuk memulihkan mangsa.
Peralatan asas dalam pertolongan cemas adalah plaster, kapas, paket ‘gauze’, pembalut segi tiga, pembalut bergulung, antiseptik, penyepit kecil, pin dan gunting. Alatan tersebut boleh didapati didalam peti pertolongan cemas dan peti tersebut mestilah disimpan di tempat yang kering, dilabelkan dengan jelas dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Kecederaan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan usia. Dan kecedaraan juga boleh berlaku di luar mahupun di dalam seperti organ tubuh dan tisu. Luka yang diakibatkan oleh kecederaan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu luka tertutup dan luka terbuka. Luka tertutup ialah dimana luka yang tiada darah yang terdedah, untuk merawatnya, letak ais di permukaan yang cedera selama 20 minit dan alaskan tempat yang cedera dengan kain basah. Kemudian periksa jika terdapat tulang yang patah dan jika anggota badan yang cedera seperti tangan dan kaki, bahagian tersebut boleh diangkat ke aras ang lebih tinggi dari aras jantung.
Luka terbuka berlaku apabila keadaan kulit terjejas atau terputus. Luka jenis ini boleh terjadi disebabkan oleh calar, geselan pada objek kasar, hirisan pada objek tajam, luka desebabkan oleh senjata api dan tikaman. Untuk kes seperti pendarahan, Alaskan tangan dengan sarung tangan sebelum menyentuh mangsa dan jangan sentuh darah mangsa dengan tangan kosong. Kemudian kenal pasti punca pendarahan dan hentikan dengan meletakkan balutan kain bersih dan kering pada luka dan beri sedikit tekanan.
Untuk mangsa pendarahan dalaman, kenal pasti mangsa masih bernyawa dan mempunyai nadi. Letakkan kepala mengiring dan muntahkan mangsa jika mangsa terasa untuk muntah. Baringkan mangsa dan angkat kedua kaki lebih tinggi dari jantung dan selimutkan mangsa jika mngalami kejutan. Seterusnya bawa mangsa untuk mengalami pemeriksaan kesihatan.
Monday, October 12, 2009
pertolongan cemas
Posted by lepakrekreasi at 7:03 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment