Tak lama selepas belajar pasal balutan dan anduh, kami buat aktiviti orienteering pulak. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Terdapat sebanyak tujuh check point yang perlu kami buat. semasa membuat check point tersebut, arah ke check point yang seterusnya dicatatkan dan kesemua arah tersebut diberikan kepada En Muiz sebagai rujukan. Apabila sudah siap, pasukan lelaki dan perempuan bertukar kertas yang mempunyai arah check point.
Jadi permainan pun bermula selepas waktu permainan diambil dan memang kesian jugak tengok kumpulan perempuan sebab memang kami sengaja letak check point kat atas bukit yang dekat-dekat dengan fakulti kat atas bukit tu. Kalau la dia orang jatuh dari bukit tu tak tau la nak buat macam mane lak nanti. Dan seperti yang telah dijangka dari awal lagi lelaki-lelaki macho jugak yang menang.haha…
Minggu berikutnya kami buat aktiviti orienteering juga tapi kali ni pasukan dipecahkan kepada tiga pasukan. Saya dan faizal dimasukkan ke dalam pasukan dua. Kali ni kami ada lima check point je. Tapi permainan bermula agak lambat iaitu dalam pukul enam petang dan langit pun dah agak hitam macam nak hujan jer. Dalam pemberian check point yang dibuat, kumpulan tiga telah mendapat check point sendiri dan dorang diam jer macam tak ada apa yang salah. Memang tak syak lagi kumpulan tu leh dapat laluan sendiri sebab senyap betul masa buat orienteering tu. Tengok-tengok dah siap. Kiteorang pulak terkial-kial nak cari semua check point yang ada. Akhirnya pasaukan yang sampai dulu di garisan penamat adalah kumpulan tiga tu pun sebab dia orang main tipu, kumpulan kedua yang sampai adalah kumpulan adalah kumplan satu dan yang terakhir adalah kumpulan dua. Dalam sesi pengadilan, kumpulan tiga telah diberikan penalti dan akhirnya kumpulan satu dapat nombor satu, kumpulan saya iaitu kumpulan dua dapat nombor dua dan kumpulan menipu dapat nombor tiga. Padan muka dia orang..
Wednesday, October 14, 2009
ori-ori entee ring2...
Posted by lepakrekreasi at 9:17 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment