Sunday, October 18, 2009

last aktiviti..ikhtiar hidup




Aktiviti terakhit yang dibuat iaitu ikhtiar hidup, kami perlu memasak untuk aktiviti ini dan tema untuk masakan adalah sarapan pagi. Kumpulan untuk aktiviti ini adalah mengikut kumpulan yang telah diberikan kepada En Muiz pada awal semester. Saya, Faizal dan Akmal telah berbincang dan kami sepakat dengan menu kami iaitu nasi goreng. Tapi pada hari aktiviti tu, ada pula tambahan dalam menu kami iaitu air milo. Itu pun idea Faizal. Sebelum kelas bermula, kami telah menyediakan alatan dan bahan mentah yang akan digunakan untuk memasak nanti. Faizal telah membawa nasi, perasa, ayam goreng dan salad. Saya sendiri telah membawa pisau, kuali, minyak, telur ayam, sudip dan papan pemotong. En Muiz pulak bawa air, dapur untuk memasak dan gas memasak.

Aktiviti ini dijalankan di wakaf yang agak stailo dekat dengan tempat wall climbing. Kumpulan kami telah memulakan aktiviti memasak terlebih dahulu dan hasil masakan kami memang memuaskan hati. Susun atur pinggan termasuk dengan hiasan telah dibuat oleh Faizal dan saya yang masak nasi tu dengan sokongan moral dari ahli kumpulan. Selepas itu kami perlu menunggu kumpulan lain untuk menyiapakan masakan mereka. Keseluruhannya ada empat jenis menu yang dihasilkan oleh empat kumpulan. Ada juga kumpulan lain yang buat sandwich telur dan sardin dan kami satu-satunya kumpulan yang buat masakan menggunakan nasi. Akhirnya En Muiz pun mengadili masakan kami dengan merasanya dan kumpulan kami telah menang dalam aktiviti ni. Tapi kalau la En Muiz dapat rasa nasi tu masa baru masak lagi lah terangkat sebab kami dah rasa pon rasa. Lepas dah diadili oleh En Muiz, kami pun makan hasil masakan yang ada, kenyang gak la rupenya.

Ini adalah beberapa alatan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup di

. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan

Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

Peralatan Terpenting

Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:

. Macis atau petik api
. Parang

Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Ferrari Cars. Powered by Blogger