Tuesday, October 20, 2009
Sunday, October 18, 2009
last aktiviti..ikhtiar hidup
Aktiviti terakhit yang dibuat iaitu ikhtiar hidup, kami perlu memasak untuk aktiviti ini dan tema untuk masakan adalah sarapan pagi. Kumpulan untuk aktiviti ini adalah mengikut kumpulan yang telah diberikan kepada En Muiz pada awal semester. Saya, Faizal dan Akmal telah berbincang dan kami sepakat dengan menu kami iaitu nasi goreng. Tapi pada hari aktiviti tu, ada pula tambahan dalam menu kami iaitu air milo. Itu pun idea Faizal. Sebelum kelas bermula, kami telah menyediakan alatan dan bahan mentah yang akan digunakan untuk memasak nanti. Faizal telah membawa nasi, perasa, ayam goreng dan salad. Saya sendiri telah membawa pisau, kuali, minyak, telur ayam, sudip dan papan pemotong. En Muiz pulak bawa air, dapur untuk memasak dan gas memasak.
Aktiviti ini dijalankan di wakaf yang agak stailo dekat dengan tempat wall climbing. Kumpulan kami telah memulakan aktiviti memasak terlebih dahulu dan hasil masakan kami memang memuaskan hati. Susun atur pinggan termasuk dengan hiasan telah dibuat oleh Faizal dan saya yang masak nasi tu dengan sokongan moral dari ahli kumpulan. Selepas itu kami perlu menunggu kumpulan lain untuk menyiapakan masakan mereka. Keseluruhannya ada empat jenis menu yang dihasilkan oleh empat kumpulan. Ada juga kumpulan lain yang buat sandwich telur dan sardin dan kami satu-satunya kumpulan yang buat masakan menggunakan nasi. Akhirnya En Muiz pun mengadili masakan kami dengan merasanya dan kumpulan kami telah menang dalam aktiviti ni. Tapi kalau la En Muiz dapat rasa nasi tu masa baru masak lagi lah terangkat sebab kami dah rasa pon rasa. Lepas dah diadili oleh En Muiz, kami pun makan hasil masakan yang ada, kenyang gak la rupenya.
Ini adalah beberapa alatan yang boleh digunakan untuk ikhtiar hidup di
. Macis, pemetik api dan parang
. Lampu picit dan bateri
. Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
. Hammock (buaian) dan ponco
. Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
. Sarong tangan
Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.
Peralatan Terpenting
Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah:
. Macis atau petik api
. Parang
Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak.
Posted by lepakrekreasi at 12:58 AM 0 comments
Wednesday, October 14, 2009
ori-ori entee ring2...
Tak lama selepas belajar pasal balutan dan anduh, kami buat aktiviti orienteering pulak. Kami dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan. Terdapat sebanyak tujuh check point yang perlu kami buat. semasa membuat check point tersebut, arah ke check point yang seterusnya dicatatkan dan kesemua arah tersebut diberikan kepada En Muiz sebagai rujukan. Apabila sudah siap, pasukan lelaki dan perempuan bertukar kertas yang mempunyai arah check point.
Jadi permainan pun bermula selepas waktu permainan diambil dan memang kesian jugak tengok kumpulan perempuan sebab memang kami sengaja letak check point kat atas bukit yang dekat-dekat dengan fakulti kat atas bukit tu. Kalau la dia orang jatuh dari bukit tu tak tau la nak buat macam mane lak nanti. Dan seperti yang telah dijangka dari awal lagi lelaki-lelaki macho jugak yang menang.haha…
Minggu berikutnya kami buat aktiviti orienteering juga tapi kali ni pasukan dipecahkan kepada tiga pasukan. Saya dan faizal dimasukkan ke dalam pasukan dua. Kali ni kami ada lima check point je. Tapi permainan bermula agak lambat iaitu dalam pukul enam petang dan langit pun dah agak hitam macam nak hujan jer. Dalam pemberian check point yang dibuat, kumpulan tiga telah mendapat check point sendiri dan dorang diam jer macam tak ada apa yang salah. Memang tak syak lagi kumpulan tu leh dapat laluan sendiri sebab senyap betul masa buat orienteering tu. Tengok-tengok dah siap. Kiteorang pulak terkial-kial nak cari semua check point yang ada. Akhirnya pasaukan yang sampai dulu di garisan penamat adalah kumpulan tiga tu pun sebab dia orang main tipu, kumpulan kedua yang sampai adalah kumpulan adalah kumplan satu dan yang terakhir adalah kumpulan dua. Dalam sesi pengadilan, kumpulan tiga telah diberikan penalti dan akhirnya kumpulan satu dapat nombor satu, kumpulan saya iaitu kumpulan dua dapat nombor dua dan kumpulan menipu dapat nombor tiga. Padan muka dia orang..
Posted by lepakrekreasi at 9:17 PM 0 comments
Tuap, sling dan pembalut
Tuap (splin), sling (anduh) dan pembalut turut diajar dalam ko rekreasi. Aktiviti ni di buat di kolam renang iaitu bersebelahan padang boling padang. Tuap (splin) adalah bahan keras, lurus dan rata yang digunakan untuk menghalang pergerakan tulang yang patah. Jenis-jenis tuap adalah tuap ubah suai, tuap badan dan tuap ‘traction’. Selain daripada itu, kami mempelajari mengenai pembalut dan menbuat praktikal untuk menggunakan pembalut pada rakan sendiri.
Jenis balutan yang pertama yang dipelajari adalah balutan tangan dan kaki. Jenis balutan yang kedua pula adalah balutan kepala. Jika berlaku pendarahan pada kepala, cara untuk menghentikannya adalah menggulung kain seperti bentuk donut dan letakkan pada kawasan yang berdarah tersebut dan balut dengan pembalut kepala untuk memegang gulungan donut itu.
Selain daripada itu, kami turut mempelajari cara untuk membuat sling. Ia boleh dibuat menggunakan pembalut segi tiga atau sebarang kain yabg berukuran dua meter persegi yang dipotong dan dilipat. Tersdapat dua jenis sling yang depelajari iaitu sling jenis lengan dan sling pengangkat. Sling lengan adalah jenis yang biasa dilihat untuk menyokong tangan yang cedera manakala sling pengangkat ialah sling yang digunakan untuk kes-kes kecederaan tulang selangka atau bahu. Secara luarannya sling jenis ini kelihatan lebihi kemas daripada sling lengan.
Posted by lepakrekreasi at 12:06 AM 0 comments
Monday, October 12, 2009
pertolongan cemas
Pertolongan cemas adalah bantuan pertama atau rawatan awal yang diberikan kepada orang yang cedera sebelum menerima rawatan yang sepenuhnya ddari hospital atau orang yang berkelayakan. Tujuan pertolongan cemas adalah untuk mengelakkan kecederaan dan mangsa menjadi bertambah teruk dan membantu pemulihan.
Apabila berlaku kecemasan, orang yang pertama ang memberi bantuan perlu tahu akan punca kemalangan dan tahap kecederaan yang dialami. Cuba tenang danberi pertolongan dengan cepat dan tertib. Jika pernafasan mangsa terhenti, cuba lakkan CPR untuk memulihkan mangsa.
Peralatan asas dalam pertolongan cemas adalah plaster, kapas, paket ‘gauze’, pembalut segi tiga, pembalut bergulung, antiseptik, penyepit kecil, pin dan gunting. Alatan tersebut boleh didapati didalam peti pertolongan cemas dan peti tersebut mestilah disimpan di tempat yang kering, dilabelkan dengan jelas dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.
Kecederaan boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu dan usia. Dan kecedaraan juga boleh berlaku di luar mahupun di dalam seperti organ tubuh dan tisu. Luka yang diakibatkan oleh kecederaan juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu luka tertutup dan luka terbuka. Luka tertutup ialah dimana luka yang tiada darah yang terdedah, untuk merawatnya, letak ais di permukaan yang cedera selama 20 minit dan alaskan tempat yang cedera dengan kain basah. Kemudian periksa jika terdapat tulang yang patah dan jika anggota badan yang cedera seperti tangan dan kaki, bahagian tersebut boleh diangkat ke aras ang lebih tinggi dari aras jantung.
Luka terbuka berlaku apabila keadaan kulit terjejas atau terputus. Luka jenis ini boleh terjadi disebabkan oleh calar, geselan pada objek kasar, hirisan pada objek tajam, luka desebabkan oleh senjata api dan tikaman. Untuk kes seperti pendarahan, Alaskan tangan dengan sarung tangan sebelum menyentuh mangsa dan jangan sentuh darah mangsa dengan tangan kosong. Kemudian kenal pasti punca pendarahan dan hentikan dengan meletakkan balutan kain bersih dan kering pada luka dan beri sedikit tekanan.
Untuk mangsa pendarahan dalaman, kenal pasti mangsa masih bernyawa dan mempunyai nadi. Letakkan kepala mengiring dan muntahkan mangsa jika mangsa terasa untuk muntah. Baringkan mangsa dan angkat kedua kaki lebih tinggi dari jantung dan selimutkan mangsa jika mngalami kejutan. Seterusnya bawa mangsa untuk mengalami pemeriksaan kesihatan.
Posted by lepakrekreasi at 7:03 AM 0 comments